Tuesday 23 April 2013

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL


  Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. 

  Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.


Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain
Berpegang teguh pada ajaran agama
Prihatin kepada alam sekitar
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
Bersemangat patriotik
Menghormati hak asasi manusia
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan


No comments:

Post a Comment