Wednesday 24 April 2013

Didikan Moral Dari Peringkat Awal


Didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat.

Tuesday 23 April 2013

NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI



Pembentukan dan pengukuhan peribadi mulia berlandaskan nilai-nilai moral dan
kerohanian, selaras dengan norma masyarakat Malaysia ke arah memperkukuh
kesedaran hati nurani seseorang insan.

Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan 
prinsip Rukun Negara.

Kebersihan Fizikal dan Mental
Kebersihan dan kesihatan diri serta pemikiran yang sihat dan positif dalam
setiap perlakuan.

Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah
diri dalam kehidupan.

Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.


Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama 
ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.

Kejujuran
Kewajipan bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.

Baik Hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain 
dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

Berterima Kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan 
terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

NILAI-NILAI MORAL



~Nilai berkaitan dengan Perkembangan Diri~

~Nilai berkaitan dengan Diri dan Keluarga~

~Nilai berkaitan dengan Diri dan Masyarakat~

~Nilai berkaitan dengan Diri dan Alam Sekitar~

~Nilai berkaitan dengan Diri dan Negara~

PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL


  Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilainilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. 

  Dengan itu murid dapat membina satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi jasmani, intelek, emosi, rohani dan sosial.


Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain
Berpegang teguh pada ajaran agama
Prihatin kepada alam sekitar
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup
Bersemangat patriotik
Menghormati hak asasi manusia
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan